Moreh 9: Ole-Ole Ramadhan

Assalammu’alaikum..w.b.t..

Buat semua pengunjung LensaHati, saya ada beberapa ole-ole sempena 10 akhir Ramadhan ini. Boleh dimuat turun untuk kegunaan sendiri dan sangat dialu-alukan untuk disebar luas. Ole-ole ini berupa poster digital. Sekiranya mahu dicetak, format ini merupakan format sedia cetak dengan resolusi 300dpi (boleh diubah saiz hingga sebesar A3 tanpa kesan pemecahan piksel yang serius). Semoga bermanfaat.

Semoga Allah berkenan menemukan kita dengan malam Lailatul Qadar, insya-Allah.
Selamat menjalani ibadah di 10 malam terakhir Ramadhan.

a) Pelita Raya [sila klik pada gambar untuk paparan saiz sebenar]

b) Kuih Raya [sila klik pada gambar untuk paparan saiz sebenar]


c) Jaga Malam [sila klik pada gambar untuk paparan saiz sebenar]


d) Baju Raya [sila klik pada gambar untuk paparan saiz sebenar]

Moreh 8: Puteri Temasek

Kwang Lee Clinic,
No. 5, Seng Poh Road.
29 Ogos, 1961

9.30 malam

Hashim mundar-mandir di luar bilik doktor. Kemudian beliau duduk. Dan kemudian berdiri semula. Hawa dalam klinik swasta malam itu tidak terasa menyamankan sungguhpun ada kipas yang berusaha keras memberikan keselesaan kepada pengunjung. Bunyi bilahnya membelah angin malam mendominasi ruang. Di kaunter duduk seorang wanita muda dua puluhan bermata sepet, tekun mencoretkan sesuatu di atas sekeping kertas. Tetapi hal itu tidak sedikit menarik perhatian Hashim. Amoi baik, pekerjaannya baik. Hatinya sedang kuat berdebar. Hatinya hanya teringatkan seorang wanita yang kini berada di dalam bilik doktor. Hatinya hanya pada dia. Isterinya yang sedang kuat bergelut, menyabung nyawa seorang diri. Hashim berdoa sungguh-sungguh. Read the rest of this entry »

Moreh 7: Kembara Badar: Rehlah Masyi

Kembara Badar, derap langkah perjuangan bermula.

Mengingati peristiwa peperangan dan mengambil iktibar bagaimanakah susunan saf ini berjaya.

Kembara Badar membawa kita menghayati detik mula langkah pejuang, merasai detik waktu yang dunia kini akan berada di tangan Mukmin.

Kembara Badar, Perjalanan sekitar Masjid Besi, disertai penghayatan penuh makna bahawa setiap langkah pejuang yang ikhlas itu pasti berjaya.

31 ogos 2010, demi sebuah erti kemerdekaan, sertai kami merasai kemerdekaan diri daripada segala jenis perhambaan dunia dalam pesona Kembara Badar.

Jom Kembara

Moreh 6: Lihatlah ke dalam Mataku (Hari Al-Quds Sedunia 21-08-10)

“Look Into My Eyes”

Look into my eyes
Tell me what ya see
U don’t see a damn thing
Cuz u can’t relate to me

Read the rest of this entry »

Moreh 5: Sekadar di Pinggiran

Tuhan, banyak sekali yang kuhujah, namun sedikit amat yang berbuah.

Cita-cita itu, kata Ibnu Qayyim Al-Jauzi ada tiga tanda.

Pertama: Hal yang dicita-citakannya itu mestilah satu perkara yang sangat dicintainya. Dia merasakan amat perlu untuk mencapai serta merealiasasikannya. Desakan ini cukup kuat hingga membuahkan tanda yang seterusnya.

Kedua: Tidak mendapatkan atau kehilangan hal yang dicita-citakannya itu menjadi suatu yang sangat ditakutinya. Hati yang cinta kepada cita-cita itu sama kuatnya dengan rasa gerun untuk kehilangan atau ketidakupayaan untuk mencapainya. Rasa takut ini menjalar hingga membawa kepada alamat yang berikut.

Ketiga: Dia berusaha sekuat kudrat untuk sampai kepada cita-citanya itu. Sekuat tenaga harap dan takutnya pada cita-cita tersebut, begitulah tingginya daya usaha yang diletakkan.

Read the rest of this entry »

Moreh 4: Healing by Sami Yusuf

Healing. An ambition and a vision. Healing. A call embedded in the wisdom to give in order to gain.   A smile is an act of charity; sharing love and caring for others enhances prestige and position of the loving and the loved; of the caring and the cared alike. Sami Yusuf’s new song “Healing” is a call to revive the caring aspect of human beings. “Healing” is a chance to vindicate all those best hopes one has about oneself and about humanity. It is an attempt to honor the small acts of kindness. It is a tribute to those who sacrifice and stand up for good even when it’s hard, even when it’s tough — it is an embodiment of gracious generosity in practice. (Lyrics Inside!) Read the rest of this entry »

Moreh 3: Sindiket Penipuan

“Tiada panggilan sepenting panggilan Ilahi” – saya sangat terharu semasa pertama kali mendengarkan slogan ini pada papan tanda tajaan TM beberapa tahun yang lalu.

Adalah menjadi sesuatu yang mengharukan tiap kali Ramadhan merentangkan sayapnya, orang-orang Islam dari seluruh pelusuk kawasan akan keluar untuk mengimarahkan masjid/surau. Saya terbayang-bayang bagaimana agaknya suasana di Masjid Biru semasa mutiara Timur, kota Constantinople masih segar dengan julukan Islambul (yang bermaksud Islam keseluruhannya-kemudian menjadi Istanbul). Saat itu umat Islam mengimarahkan masjid/surau pada setiap waktu. Mereka berhenti daripada apa jua pekerjaan yang sedang mereka lakukan, meluangkan masa untuk bertemu dengan kekasih hati, Allah Azzawajalla. Malamnya masjid juga hidup dengan pelbagai aktiviti lainnya, majlis ilmu baik, perkumpulan tadarus al-Quran baik, dan amal-amal yang asasnya baik. Rindu sungguh rasanya untuk melihat suasana itu. Ambien awal Ramadhan di Malaysia mungkin adalah serpihan daripadanya. Sedikit mengubat rindu di dada. Read the rest of this entry »

Moreh 2: Insiden Waktu Sahur

Sebelum Tidur…

“Kalau nak bangun pagi-pagi, handset ni kena bagi pasang bunyik yang menyakitkan hati, baru terbangun,” kata Mior. Malam itu kami mempamerkan bunyi-bunyian yang menjadi mangkin rasa sakit hati. Hm, banyak juga rupanya bunyi-bunyian seperti itu yang tersimpan dalam hanset masing-masing. Setelah berpuas hati dan yakin dengan bunyi yang dipilih, kami menetapkan penggera seawal jam 4.30 pagi. Malam itu kami pun lena di lapangan tamu seperti selalu.

Zzz…(kenapa kalau menggambarkan tidur mesti huruf z?)

*  *  *  *

“Hah, dah nak pukui 5.30!” Read the rest of this entry »

Moreh 1: Berdua Lebih Baik

Ramadhan datang lagi buat kesekian kalinya. Alhamdulillah, Allah SWT berkenan meminjamkan kita sedikit lagi masa sehingga kita dipertemukannya dengan bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini; Bulan Ramadhan Al-Mubaarak.

Tidak ada bulan lain yang di dalamnya Allah sediakan pelbagai BONUS dan GANJARAN LUMAYAN seperti yang boleh didapatkan melalui penghulu segala bulan ini. Justeru, saya menyeru para sahabat sekalian untuk kita sama-sama memanfaatkan setiap saat yang ada di bulan ini dengan menggandakan amal ibadah dan memperbanyakkan doa kita. Berikut adalah antara hal yang boleh kita laksanakan:

0) Berdua lebih baik - saya sangat cemburu dengan sahabat-sahabat telah Allah sempurnakan sebahagian agama mereka lalu mereka mendepani Ramadhan tahun ini kali pertama sebagai pasangan sah suami-isteri. Berdua lebih baik kerana mereka saling melengkapi dan ada tuntutan yang terlunaskan. Jika beribadah, ibadah mereka bisa lebih afdhal daripada para bujangan. Read the rest of this entry »

Ramadan Moon by Yusuf Islam

Kindly Click for Full Preview

  • Ramadan Moon by Yusuf Islam & Friend (Video Inside!)

  • Ramadan Moon, Ramadan Moon,

    Oh the people are coming and going; getting ready, to-ing and fro-ing
    There’s a buzz in the world tonight; people are so excited
    Daddy’s coming home soon; hoping to see the moon
    Hoping to catch a sight; everyone’s so happy Read the rest of this entry »